'Ahmad Zahid patut sedar ramai menteri UMNO dalam kerajaan'

Mas Ermieyati
Mas Ermieyati
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wira Mas Ermieyati Shamsudin menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Mas Ermieyati berkata, Ahmad Zahid sepatutnya sedar bahawa UMNO mempunyai ramai menteri dalam kerajaan pada ketika ini.

“Jika benar kerajaan gagal, adakah Zahid sedar UMNO mempunyai paling ramai wakil menteri dalam kerajaan iaitu sembilan orang?

“Adakah beliau mengakui menteri-menteri yang mewakili UMNO ini gagal?” soalnya pada Jumaat.

Pada Rabu, Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Mesyuarat itu juga menuntut Muhyiddin meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan pandemik Covid-19 dan kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu akui malu dengan tindakan Ahmad Zahid yang terlalu taksub mengejar kuasa kepimpinan hingga mengabaikan kebajikan rakyat.

“Beliau perlu sedar rakyat sedang sengsara dan menangis setiap hari menuntut nasib mereka dibela.

Artikel Berkaitan:

“Sedangkan saya hari ini baru sahaja selesai mendengar rintihan penduduk di sini yang menangis kerana hilang sumber pendapatan.

“Apa yang kita sebagai ahli politik mewakili rakyat ini sedang lakukan untuk membantu mereka?” soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta