X

Kindly register in order to view this article
!

Tak sempat pasarkan kosmetik, ubat seludup

Pelbagai jenis ubat dan kosmetik yang ditemui dalam kotak yang dipunggah.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan menyeludup pelbagai barangan kosmetik dan ubat-ubatan bernilai RM20,140 dalam satu serbuan di Pengkalan Haram Epek di sini awal pagi Jumaat.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa membuat rondaan pada jam 2 pagi itu, pihaknya ternampak beberapa orang lelaki sedang memunggah kotak dari sebuah perahu ke tebing sungai pengkalan berkenaan.

"Apabila menyedari kehadiran kami, mereka bertindak melarikan diri dengan mengunakan perahu ke tebing Sungai Golok.

"Kita telah membuat pemeriksaan ke atas kotak-kotak berkenaan dan menemui pelbagai jenis barangan kosmetik yang dipek menggunakan botol dan kotak.

Turut ditemui pelbagai jenis ubat-ubatan yang juga dipek menggunakan kotak, botol dan paket,"katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kesemua barangan yang ditemui disyaki diseludup dari negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan.

Beliau berkata, kesemua barang kes dirampas untuk tindakan agensi farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Kesalahan yang disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952, Peraturan - Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!