KPKT berjaya kumpul RM700,000 bantu Palestin

Zuraida mengajak rakyat Malaysia bersolidariti terhadap musibah yang melanda umat Islam di bumi Gaza.
Zuraida mengajak rakyat Malaysia bersolidariti terhadap musibah yang melanda umat Islam di bumi Gaza.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Tabung Rayuan Palestin berjaya mengumpul sebanyak RM700,000 dalam kutipan siri pertama.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kutipan itu dilancarkan sebagai tanda solidariti keprihatinan rakyat Malaysia khususnya warga KPKT atas penderitaan, kesengsaraan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Menurutnya, keseluruhan sumbangan akan diserahkan kepada Tabung Rayuan Palestin kelolaan Pertubuhan Penggerak Dasar Komuniti Negara Malaysia (PKN) dan Council of Malaysian Women Political Leaders (COMWEL) untuk disampaikan kepada rakyat Palestin.

“Sebanyak RM185,000 disumbangkan PKN dan RM515,000 dari seluruh warga KPKT termasuk Projek kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Hasil kutipan membuktikan usaha misi kemanusiaan ini disambut baik Ketua Setiausaha KPKT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan, PR1MA, SWCorp, SPNB serta agensi lain di bawah KPKT,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, keganasan tentera Zionis terhadap rakyat Palestin telah mengorbankan seramai 256 orang sejak Israel mengebom jalur Gaza bermula 10 Mei lalu.

“Palestin kini merayu seluruh dunia untuk bersama-sama membantu meringankan kepayahan serta penderitaan mereka.

“Mari kita bersolidariti terhadap musibah yang melanda umat Islam di bumi Gaza dan seluruh dunia,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: