X

Kindly register in order to view this article
!

Annuar tepis dakwaan taksub PM

ANNUAR MUSA - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menepis dakwaan sesetengah pihak yang menggelarkannya sebagai pentaksub kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut ahli Parlimen Ketereh itu, beliau lebih senang bekerja bersama seseorang yang terbukti berjaya dan terus-menerus berusaha membantu rakyat berbanding individu yang saban hari tanpa henti bermain politik serta mahu menjatuhkan orang lain demi kepentingan peribadi.

"Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) lantikan dari selatan yang telah gagal dan menggagalkan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas,menulis dan menggelarkan saya pentaksub Perdana Menteri.

"Saya hanya mampu senyum membacanya dan watak penulis ini sudah diketahui ramai serta tak perlu saya mengulasnya.

"Lagi pun bukan cara saya melayani watak yang tak perlu dilayan. Saya tidak tahu dia pentaksub siapa, mungkin orang lain tahu," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Tambah Annuar, beliau akan terus bekerja untuk rakyat bagi membantu Perdana Menteri, Timbalannya dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) setakat termampu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!