X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada penerokaan tanah baru dikesan di Pahang

Mohd Hizamri
A
A

KUANTAN- Tiada sebarang aktiviti baharu penerokaan dan pencerobohan kawasan baharu di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di seluruh Pahang setakat ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pihaknya segera bertindak sebaik mendapat aduan awam mengenai pembukaan tanah baharu di kawasan HSK.

Menurutnya, langkah segera diambil bagi mengelak kejadian seperti di beberapa tanah-tanah yang diteroka pencerobohan seperti di kawasan HSK Bukit Talam, Raub dan Sungai Ichat, Cameron Highlands sehingga puluhan tahun.

"Kita kekang semua aktiviti penerokaan tanah di HSK bila dapat aduan. Setakat ini tiada penerokaan tanah baharu yang dikesan.

"Kalau ikutkan kita sudah penguatkuasaan di kawasan HSK lebih kurang 681 hektar di negeri ini dan termasuk kawasan pencerobohan lama seperti di HSK Batu Talam seluas 101 hektar," katanya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Putihkan semua tanah haram di Pahang'

Beliau turut memaklumkan sehingga kini operasi musnah masih berjalan dan lebih 50 hektar kebun durian telah dimusnahkan.

Tambahnya, lebih ramai lagi kakitangan JPNP akan dikerah bagi menjalankan kerja-kerja penebangan pokok yang masih berbaki lebih 50 hektar lagi.

“Hampir semua kakitangan pejabat hutan daerah di Pahang akan turut membantu bagi melancarkan operasi terbabit.

"Kerahan ini dibuat bagi memastikan operasi musnah dapat diselesaikan lebih awal, sebelum kerja menanam semula pokok hutan dilakukan, ” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!