Pembantu tadbir mengaku tidak salah terima rasuah RM30,000

Tertuduh (kiri) ketika hadir di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu.
Tertuduh (kiri) ketika hadir di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah terhadap dua dakwaan menerima rasuah bernilai RM30,000 di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada Jumaat.

Tertuduh, Sahiful Ag Ahmad, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Abu Bakar Manat selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Menurut pertuduhan, pada September 2019 tertuduh yang bertugas sebagai Ketua Pejabat Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Cawangan Kota Kinabalu menerima wang tunai RM20,000 daripada pemilik sebuah syarikat berkaitan kerja-kerja tug bot di pelabuhan Sepanggar.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh pada 11 November 2019, di sebuah restoran di Kota Kinabalu menerima suapan sebanyak RM10,000 daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan surat kebenaran beroperasi bot tunda di pelabuhan Kota Kinabalu.

Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum dibawah seksyen 24 (1) akta yang sama jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan RM5,000 deposit serta seorang penjamin dan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap dua bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh 27 Ogos ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan, Pegawai Pendakwa, PsK Rekraj dan tertuduh diwakili peguam dari Shahlan Jufri & Co.

Artikel Berkaitan: