Yadim bersedia bantu urus PPV dengan 10,000 sukarelawan

Ahmad Fathan (tiga dari kanan) sebelum proses sanitasi di Masjid Al-Karomah dilakukan.
Ahmad Fathan (tiga dari kanan) sebelum proses sanitasi di Masjid Al-Karomah dilakukan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 10,000 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan membantu menguruskan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan dan bantuan kebajikan sekiranya diperlukan dalam usaha mengawal penularan Covid-19.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Ahmad Fathan Mahmood berkata, sukarelawan Yadim membabitkan golongan profesional, penjawat awam dan badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa bersedia membantu kerajaan membabitkan musibah seperti banjir atau kerjasama lain.

"Bagaimanapun yayasan ini belum menerima permohonan daripada mana-mana agensi untuk berkhidmat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau hadir Program Pelancaran Sanitasi dan Musaadah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Yadim Kelantan di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung di sini.

Turut hadir, Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang.

Mengulas mengenai program sanitasi berkenaan, Ahmad Fathan berkata, ia bertujuan meringankan kerja-kerja agensi awam terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tambah beliau, pihaknya yakin akan ada banyak masjid, surau, tadika dan taska yang akan membuat permohonan untuk melaksanakan sanitasi percuma itu yang melibatkan bantuan pihaknya

Sementara itu, ketika ditanya mengenai suntikan vaksin melibatkan kakitangan Yadim di Kelantan, Mahadi berkata, pihaknya telah membuat permohonan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk mempercepatkan suntikan memandangkan mereka di antara pasukan yang sering melakukan kerja di lapangan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, untuk fasa pertama, 30 orang kakitangan dan sukarelawan Yadim negeri akan diberikan suntikan bagi memastikan memastikan mereka tidak berisiko tinggi ketika melakukan gerak kerja selain mengamalkan penjagaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.