'Putihkan semua tanah haram di Pahang'

Durian musang king yang ditanam secara haram di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub seluas 101 hektar akan dimusnahkan dalam tempoh sebulan bermula 4 Julai lalu. Gambar kecil: Asrullah Affandi
Durian musang king yang ditanam secara haram di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub seluas 101 hektar akan dimusnahkan dalam tempoh sebulan bermula 4 Julai lalu. Gambar kecil: Asrullah Affandi
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) diminta mengenalpasti dan memutihkan semua kawasan penerokaan tanah haram termasuk Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi memastikan ekosistem semula jadi dapat dinikmati generasi akan datang.

Ketua Penerangan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Asrullah Affandi Abdullah berkata, juga berharap tiada kelulusan geran atau permohonan lesen pendudukan sementara (TOL) kepada penceroboh.

"Kita pastikan kawasan ini terus dijaga kerana HSK merupakan tempat dan sumber pendapatan masyarakat orang asli serta hidupan liar.

"Kita harap semua pihak dapat membantu pihak berkuasa negeri memastikan pemutihan penerokaan tanah haram secara total," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Pada Ahad, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menebang pokok durian musang king yang sedang lebat berbuah di kawasan seluas 101 hektar di HSK Batu Talam dan tindakan berkenaan bagaimanapun dipersoalkan oleh netizen.

Pada hari sama seramai 18 pekebun haram ditahan kerana melakukan provokasi.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Raub membenarkan pekebun direman dan pada Selasa mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Asrullah juga berpendapat kerajaan negeri tidak boleh berlembut dalam isu membabitkan pencerobohan tanah dan tindakan tegas segera diambil mereka yang degil dan ingkar.

Artikel Berkaitan:

"Perketatkan undang-undang kerana cara hukuman berat dapat memberi pengajaran kepada pelaku dan orang ramai," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Musang king: Operasi tebang pokok tidak langgar perintah mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN:Durian musang king: Sebulan tempoh musnah kebun