LPPSA perkenal program LPSSA i-Prihatin

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam memperkenalkan program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang berstatus aktif berkuatkuasa Jumaat.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam memperkenalkan program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang berstatus aktif berkuatkuasa Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkenalkan program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang berstatus aktif berkuatkuasa Jumaat.

LPSSA menerusi satu kenyataan memaklumkan, program kerjasama dengan panel insurans atau takaful Am LPPSA memberi pilihan kepada pelanggan untuk memiliki perlindungan tambahan selain perlindungan Insurans atau Takaful Mortgage Reducing Term Assurance yang diluluskan bersama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.

Menurut kenyataan tersebut, pelanggan layak memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak RM100 setahun.

“Mereka juga layak menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan bernilai RM100,000,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, antara manfaat yang ditawarkan termasuk kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan serta keilatan separuh dan kekal akibat kemalangan.

“Jumlah perlindungan tambahan untuk kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan semasa melancong di luar negara atau di dalam pengangkutan awam juga antara yang ditawarkan.

“Selain itu, pelanggan ditawarkan perbelanjaan pengebumian dan penghantaran pulang jenazah akibat kemalangan.

“Program ini turut memberi manfaat perbelanjaan pemulihan dan perubatan akibat kemalangan, bayaran ambulans, elaun kecederaan akibat diragut, elaun penyembuhan denggi, perlindungan akibat rompakan mesin juruwang automatik (ATM) dan pendapatan harian hospital akibat kemalangan (maksimum 100 hari setahun),” jelas kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Permohonan boleh dibuat melalui pautan www.lppsa.gov.my/gpa dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui portal pertanyaan atau aduan rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.