Suami, enam anak Rebecca dijangkiti Covid-19

 Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, 35, mengesahkan suami dan enam anaknya dijangkiti Covid-19. Foto IG Rebecca.
Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, 35, mengesahkan suami dan enam anaknya dijangkiti Covid-19. Foto IG Rebecca.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, 35, mengesahkan suami dan enam anaknya dijangkiti Covid-19.

Berita itu dikongsi selebriti itu menerusi laman Instagramnya semalam.

Rebecca berkata, suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, enam cahaya mata, Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19, sejak semalam.

Bagaimanapun, Rebecca dan dua lagi anaknya, Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.

"Keluarga saya diserang pandemik Covid-19 ini. Saya sangat sedih dan terlalu berduka cita.

"Saya perlukan doa anda semua. Terima kasih dan minta maaf daripada kami sekeluarga," katanya.

Artikel Berkaitan: