Muhyiddin dan jemaah menteri masih berkuasa

Muhyiddin (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 11 Mac 2019.
Muhyiddin (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 11 Mac 2019.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal memegang kuasa eksekutif persekutuan meskipun UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, kepercayaan majoriti perlu ditentukan oleh Ahli Dewan Rakyat dan bukanlah melalui kenyataan suatu parti politik atau mana-mana pemimpinnya.

“Dari segi undang-undang, Muhyiddin dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk menjalankan kuasa,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Kenyataan Idrus tersebut dilihat menoktahkan persoalan mengenai kedudukan Muhyiddin dan jemaah menteri selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak Ahli Parlimen Pagoh itu berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PN belum runtuh, sokongan 32 MP BN tidak berganjak

Ketetapan UMNO dibuat berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan bersetuju supaya Parlimen bersidang selama lima hari bermula 26 Julai ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pemerhati politik negara menjelaskan bahawa PN masih menjadi kerajaan sehingga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat pelantikan perdana menteri baharu sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan.

Muka hadapan Sinar Harian
Muka hadapan Sinar Harian

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin bukan penamat bagi kerajaan PN.

Menurut beliau, pertukaran kepimpinan ketika ini bukan mudah kerana memerlukan perbincangan dan ketetapan pengesahan termasuk dalam konteks sama ada parti atau ahli Parlimen yang menarik sokongan kepada Muhyiddin.

“Dalam perlembagaan tidak menyatakan bahawa sebuah kerajaan itu akan hilang majoriti dengan hanya parti komponen menarik diri daripada sesebuah gabungan.

“Sebaliknya, yang hanya dinyatakan dalam perlembagaan adalah apabila ahli Parlimen tidak lagi mempunyai sokongan majoriti,” katanya.

Tawfik berkata lagi, PN masih sah sebagai kerajaan dan tiada berlakunya penukaran sehingga proses menghadap Seri Paduka berlaku.

“Kerajaan masih lagi berfungsi dan masih lagi berjalan seperti biasa cuma kita nak tahu sejauh mana drama politik yang akan muncul selepas ini.

“Saya punya pendirian kerajaan masih lagi bergerak dan berfungsi sehinggalah Tuanku membuat pelantikan baharu perdana menteri,” ujarnya.

Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia berkata, tindakan UMNO menarik sokongan hanya kepada Muhyiddin bukan kepada PN untuk mengelakkan berlakunya penjajaran politik baharu.

Beliau berkata lagi, jika ia berlaku, maka akan membuka ruang kepada mana-mana parti untuk mencari angka yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baharu.

“Inilah sebabnya kita lihat pendirian hanya ke atas kepimpinan Muhyiddin dan bukannya kerajaan PN secara menyeluruh,” jelas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN Rakyat kelaparan, pemimpin politik sibuk 'bertumbuk'

Kerajaan PN tidak tergugat sama sekali

‘Tak semudah itu lepas jawatan’