Sila log masuk terlebih dahulu.

Tarik sokongan kepada PM, apa kesan kepada kerajaan

08 Julai 2021 | Wacana
A
A
A

Mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam semalam, memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.

Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

Muhyiddin dikatakan gagal, terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

Bagaimanapun, ada dakwaan bahawa Presiden parti itu, memanipulasi Mesyuarat MKT supaya membuat keputusan selari dengan kehendak peribadinya.

Jika ia berlaku, bagaimana kerajaan Perikatan Nasional? Siapa pula calon Perdana Menteri seterusnya? Ada lagikah Perdana Menteri Intrim?