Jacob Zuma layak dapat parol

Jacob Zuma
Jacob Zuma
A
A
A

JOHANNESBURG - Bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang mula menjalani hukuman penjara 15 bulan pada Khamis bakal dibebaskan dengan parol dalam tempoh kurang empat bulan akan datang.

Menteri Kehakiman, Ronald Ramola berkata, keputusan itu dibuat berikutan peraturan penjara negara tersebut menetapkan mana-mana bekas presiden layak mendapat parol apabila beliau sudah menjalani satu perempat hukuman yang dikenakan ke atasnya.

"Beliau yang kini berada dalam keadaan baik akan diasingkan untuk tempoh 14 hari pertama seperti ditetapkan di bawah protokol Covid-19 dan tiada layanan istimewa akan diberikan kepadanya," katanya di hadapan Penjara Estcourt di wilayah KwaZulu-Natal.

Zuma yang pada mulanya menolak keputusan dibuat Mahkamah Perlembagaan pada minggu lalu tampil beberapa minit sebelum tempoh akhir ditetapkan supaya beliau menyerah diri tamat.

Hukuman itu diputuskan Mahkamah Perlembagaan pada 29 Jun lalu selepas beliau didakwa menghina mahkamah kerana enggan bekerjasama dalam siasatan perbicaraan skandal rasuah.

Zuma turut mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk mempertimbangkan semula hukuman itu dan pendengaran kes tersebut dijadualkan pada Isnin depan. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Presiden Afrika Selatan enggan serah diri untuk dijel

Artikel Berkaitan: