Dua lelaki maut, motosikal terperosok bawah bas

Mangsa yang terperosok bawah bas dalam kemalangan di Jalan Kuala Selangor - Sungai Buloh, petang Khamis.
Mangsa yang terperosok bawah bas dalam kemalangan di Jalan Kuala Selangor - Sungai Buloh, petang Khamis.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah bas di Jalan Kuala Selangor - Sungai Buloh pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Paya Jaras itu menyebabkan penunggang Mohamad Jeffry Mohd Saundi, 36, dan Mohd Noor Azmanizam Mashusin, 39, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa cuba untuk menukar lorong dari kiri ke tengah laluan tersebut sebelum dilanggar oleh bas berkenaan.

“Pelanggaran berlaku antara bahagian belakang motosikal dan bahagian bumper depan kanan bas. Kedua-dua mangsa jatuh ke atas jalan raya dan dilanggar oleh tayar kanan hadapan bas berkenaan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Shafa’aton, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 019 226 4650.

Artikel Berkaitan: