Tindakan tepat tarik sokongan terhadap Muhyiddin

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tindakan tepat demi kebaikan semua pihak.

Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, ia selari dengan kehendak akar umbi untuk bersama menyelesaikan masalah Covid-19 yang semakin hari mencatatkan peningkatan didakwa disebabkan kerana kegagalan Perdana Menteri.

"Kita terima keputusan itu dengan terbuka dan selaras keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada tahun lalu.

"Malah rakyat semakin hilang kepercayaan dalam usaha kerajaan membendung pandemik Covid-19 di negara ini yang tidak nampak pengurangan namun kes makin meningkat," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.

Sementara itu, Pemuda UMNO negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, apa yang diputuskan pasti ada kebaikan untuk negara dan rakyat, lebih-lebih lagi dalam situasi berdepan Covid-19 hari ini.

"Bukan mudah nak buat keputusan begitu namun saya sokong keputusan parti," katanya.

Artikel Berkaitan: