Selangor cadang kekal penutupan sektor ekonomi, industri

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang ditetapkan sehingga tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mencadangkan perkara itu menerusi mesyuarat bersama MKN susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini selepas saringan menyeluruh dilaksanakan di kawasan PKPD.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadarnya ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi selepas ini.

"Kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD bagi memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara belum dicapai.

"Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan hanya sektor ekonomi perlu dibuka bagi pertimbangan MKN," ciapnya menerusi laman Twitter pada petang Khamis.

Bilangan kes positif Covid-19 pada Khamis melepasi 800,000 setelah 8,868 kes harian baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kes kumulatif kes positif adalah 808,658 kes.

"Kes harian tertinggi masih tertumpu di Lembah Klang dengan Selangor melaporkan 4,152 kes diikuti Kuala Lumpur 1,133 kes," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: