KKM nafi 2,000 pesakit Covid-19 di CAC Stadium Shah Alam

KKM memuat naik kenyataan menafikan dakwaan kononnya terdapat lebih 2,000 pesakit Covid-19 di CAC Stadium Shah Alam seperti yang tular di Facebook pada Khamis.
KKM memuat naik kenyataan menafikan dakwaan kononnya terdapat lebih 2,000 pesakit Covid-19 di CAC Stadium Shah Alam seperti yang tular di Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan kononnya terdapat lebih 2,000 pesakit Covid-19 di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Shah Alam pada Khamis.

KKM dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, dakwaan yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook itu adalah tidak benar.

"Dua gambar ini menunjukkan situasi sebenar di Stadium Malawati hari ini," kata kenyataan itu pada Khamis.

Kenyataan itu memberitahu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor memaklumkan, semua pesakit yang datang CAC pada Khamis telah dinilai dan menunggu giliran untuk dimasukkan ke wad.

Sebelum ini seorang pemilik akaun Facebook memaklumkan, semua yang hadir ke CAC Malawati 100 peratus positif Covid-19 dari Shah Alam, Damansara dan Petaling Jaya.

"Saya difahamkan daripada sumber, ada pesakit ini terpaksa ditolak kerana fasiliti penuh.

"Ada pihak beritahu saya ternampak mereka pulang dengan pengangkutan awam. Jika tak benar, harap kongsi penafian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!