Satu lagi Hospital Medan ATM di HTAR, Klang

Ismail Sabri. - Foto Bernama
Ismail Sabri. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berikutan situasi semasa jangkitan Covid-19 di Selangor yang semakin meningkat, sebuah lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di Selangor dan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menangani situasi pandemik Covid-19 di negeri tersebut ketika ini.

“Sehingga kini, KKM mengesahkan purata kes harian di negeri Selangor dalam tempoh 14 hari kebelakangan menunjukkan trend peningkatan secara mendadak dengan jumlah kluster yang semakin meningkat.

“Berdasarkan situasi ini, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu lagi Hospital Medan ATM di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya dalam kenyataan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Khamis.

Selangor terus melaporkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan merekodkan 4,152 kes hari ini, daripada 8,868 kes baharu seluruh negara.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: