X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita maut dalam kereta terbakar diklasifikasi mati mengejut

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A

SELAYANG - Kes seorang wanita yang ditemui telah meninggal dunia di dalam sebuah kereta terbakar berhampiran pasar raya di Bandar Baru Selayang pada Khamis diklasifikasikan di bawah kes mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima maklumat kejadian daripada orang awam sekitar jam 4.20 pagi.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, terdapat seorang wanita tempatan berumur 43 tahun berada di tempat duduk pemandu dan telah meninggal dunia.

"Kereta tersebut terbakar 40 peratus di bahagian dalam. Mangsa didapati melecur 15 peratus dan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, pihak polis meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Rafidah Abd Aziz atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-6126 2222.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditemui rentung dalam insiden kebakaran kereta

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis sebelum ini memaklumkan seorang wanita ditemui rentung di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman kereta itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!