Tiga lelaki positif dadah ditahan

No Image Caption
A
A
A

SUBANG JAYA - Tiga lelaki ditahan dalam operasi bersepadu polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas gagal dalam saringan awal ujian air kencing di Plaza Tol Sunway pada Khamis.

Pegawai Turus Zon Tengah B Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Komisioner Amir Che Ya berkata, operasi tersebut dijalankan untuk mengesan pesalah trafik dan pengguna jalan raya yang berada di bawah pengaruh dadah.

"AADK telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki kerana kesalahan positif dadah dalam saringan awal air kencing yang dijalankan di lokasi operasi.

"Sebanyak tujuh saman berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan dan 50 saman pelbagai kesalahan dibawah saman Pol 257 telah dikeluarkan oleh JSPT," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Operasi tersebut berakhir sekitar jam 12 tengah hari tanpa sebarang halangan dan kemalangan kepada pengguna jalan raya.

"Operasi disertai oleh dua pegawai dan 13 anggota JSPT Bukit Aman, bersama dua pegawai serta lapan anggota AADK. Dokumentasi atau tangkapan telah diserah kepada AADK Selangor untuk tindakan lanjut," tambah beliau.

Artikel Berkaitan: