‘Muhyiddin juga tidak ambil persetujuan setiap wakil rakyat’

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berhubung kenyataan dibuat olehnya bahawa kepercayaan majoriti perlu ditentukan oleh Ahli Dewan Rakyat dan bukanlah melalui kenyataan suatu parti politik atau mana-mana pemimpinnya.

Dr Mahathir berkata, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga tidak mengambil persetujuan daripada setiap wakil rakyat khususnya partinya.

“Daripada parti Bersatu, enam orang kami tidak menyokong tetapi dimasukkan juga seolah-olah kami sokong.

“Jadi ini adalah satu pembohongan dan jika kenyataan dibuat oleh presiden parti tidak boleh diterima, sepatutnya kenyataan Muhyiddin (mendapat sokongan majoriti sebelum ini) tidak boleh diterima. Tetapi diterima dan Muhyiddin diisytihar sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin kekal berkuasa: Peguam Negara

Pada Khamis, Idrus memaklumkan Muhyiddin kekal untuk terus memerintah kuasa Eksekutif Persekutuan meskipun UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.

Idris berkata, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, kepercayaan majoriti perlu ditentukan oleh Ahli Dewan Rakyat dan bukanlah melalui kenyataan suatu parti politik atau mana-mana pemimpinnya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut mendakwa bahawa pada masa ini undang-undang telah ditafsir dan dikuatkuasakan mengikut budi bicara.

Artikel Berkaitan:

“Nampak undang-undang ini dia berjalan kaki kiri, kaki kanan pun dia tidak tahu. Adakalanya kaki kiri, adakalanya kaki kanan.

"Kita tidak boleh lagi bergantung kepada undang-undang kerana undang-undang ini ditafsir dan dikuatkuasakan mengikut budi bicara bukan mengikut undang-undang,” katanya.