Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin menghadap Agong petang ini

Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan beberapa portal berita yang mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.
Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan beberapa portal berita yang mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Sebuah portal berita mendakwa Muhyiddin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan kemelut kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebuah lagi portal berita mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri. -Bernama

Artikel Berkaitan: