X

Kindly register in order to view this article
!

PGA gagalkan cubaan seludup minyak masak, barangan sejuk beku

PGA Batalion 7 Kuantan berjaya merampas 298 kotak minyak masak peket bersubsidi di Kampung Padang Embun, Tendong, Pasir Mas pada Rabu.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup masuk dan keluar barangan sejuk beku serta minyak masak peket bersubsidi berjumlah RM37,544 dalam serbuan berasingan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan pertama pada jam 6.50 petang, pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan sejuk beku di kawasan pangkalan haram Jitong, Bukit Lata, di sini.

"Hasil pemeriksaan di lokasi, kita telah menjumpai sebuah kereta jenis Proton Wira yang berada dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan pelbagai barangan sejuk beku bernilai RM17,250 di bahagian tempat duduk belakang dan bonet," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, bagaimanpun kesemua penyeludup berjaya meloloskan diri ke negara jiran dengan menaiki perahu selepas menyedari kehadiran anggota PGA.

Katanya, kejayaan ini hasil pemantauan menerusi udara yang dilakukan oleh Unit Drone PGA.

PGA Batalion 7 Kuantan berjaya merampas pelbagai barangan sejuk beku di kawasan pangkalan haram Jitong, Bukit Lata, Rantau Panjang pada Rabu.
PGA Batalion 7 Kuantan berjaya merampas pelbagai barangan sejuk beku di kawasan pangkalan haram Jitong, Bukit Lata, Rantau Panjang pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Azhari berkata, pada hari yang sama juga PGA berjaya merampas 298 kotak minyak masak peket bersubsidi di Kampung Padang Embun, Tendong, Pasir Mas.

Beliau berkata, serbuan jam 3.30 petang itu turut merampas dua buah van dan sebuah kereta Proton Iswara yang digunakan untuk menyeludup bernilai RM43,000.

"Rampasan itu dilakukan dengan kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!