Pemuda UMNO Terengganu sokong keputusan MKT

Tengku Haphiz Tengku Putera
Tengku Haphiz Tengku Putera
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan ketegasan prinsip perjuangan parti yang mendukung raja berperlembagaan dan menggendong aspirasi rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, ia juga memberi gambaran kesediaan UMNO memikul tanggungjawab demi perubahan negara yang lebih baik.

Sehubungan itu menurutnya, Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyokong penuh keputusan yang dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam mesyuarat pada malam Rabu.

“Kita juga berpendapat, kegagalan Muhyiddin dalam menangani isu negara terkini adalah kerana dorongan iltizam politik yang tidak jujur Bersatu terutama dalam memahami semangat sepasukan dan tidak merasai nadi rakyat sebenar.

“Oleh itu, kami mencadangkan agar tujuh initipati Mesyuarat MKT 0707, dijadikan panduan segera untuk parti-parti di dalam 'PN fragile coalition' turut membuat keputusan dan pendirian bersama,” katanya pada Khamis.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan selepas hampir lima jam bermesyuarat MKT UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Jelasnya, tujuh kegagalan itu antaranya gagal menangani pandemik Covid-19, mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Amanah yang perlu digalas dengan jujur, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan