Istana pasir tertinggi di dunia siap dibina

Sejumlah 4,860 tan pasir digunakan untuk membina istana di Blokhus berkenaan.
Sejumlah 4,860 tan pasir digunakan untuk membina istana di Blokhus berkenaan.
A
A
A

COPENHAGEN - Sebuah istana pasir tertinggi di dunia di Blokhus, Denmark siap dibina dengan berat kira-kira 5,000 tan dan tinggi lebih 20 meter.

Pembinanya, Wilfred Stijger berkata, istana setinggi 21.16 meter itu lebih tiga meter tinggi daripada istana pasir yang dibina di Jerman pada 2019 yang mencatatkan ketinggian 17.66 meter.

Sejumlah 4,860 tan pasir digunakan untuk membina istana di Blokhus berkenaan.

Di atas istana pasir tersebut terdapat ukiran virus Covid-19 yang memakai mahkota pasir.

Istana pasir tersebut dijangka kekal berdiri di Blokhus sehingga Februari atau Mac tahun depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: