Dua lelaki keluar kawasan PKPD dikompaun RM3,000

Taman Bandar Baru, Sungai Lalang yang dikenakan PKPD bermula 5 hingga 18 Julai 2021.
Taman Bandar Baru, Sungai Lalang yang dikenakan PKPD bermula 5 hingga 18 Julai 2021.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Gara-gara keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dua lelaki dikompaun RM3,000 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 31 tahun bekerja sebagai mekanik dan seorang lagi penganggur berusia 28 tahun didapati keluar melalui lorong tikus dekat ladang kelapa sawit bersebelahan Taman Bandar Baru Sungai Lalang.

Menurutnya, kejadian disedari seorang anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan di kawasan terbabit pada jam kira-kira 11.20 pagi Khamis.

"Kita kesan kedua-duanya sedang menunggang motosikal di tepi jalan iaitu lorong tikus menghala ke ladang kelapa sawit bersebelahan Taman Bandar Baru.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut keluar dari kawasan PKPD tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan kompaun,"katanya.

Polis memantau laluan tikus kawasan PKPD Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai di Sungai Lalang yang bermula sejak 5 hingga 18 Julai ini.
Polis memantau laluan tikus kawasan PKPD Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai di Sungai Lalang yang bermula sejak 5 hingga 18 Julai ini.

Adzli berkata, kedua-dua lelaki terbabit telah diterangkan kesalahan dilakukan dan dikeluarkan kompaun sejumlah RM3,000.

Artikel Berkaitan:

Tindakan dilakukan mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempat jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021.

Menurutnya, penerangan telah diberikan dan kompaun yang dikenakan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah.

Sebelum ini, Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai di Sungai Lalang diwartakan sebagai kawasan dikenakan PKPD bermula 5 hingga 18 Julai 2021.

Selain itu, beberapa lokasi lain di Daerah Kuala Muda turut dikenakan PKPD antaranya di Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd dan Asrama Pekerja di Taman Seroja, Kawasan Perindustrian Bakar Arang dan Taman Cahaya PKNK, Sungai Petani membabitkan keseluruhan penduduk mencecah lebih 11,000 orang.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD Kuala Muda: Penduduk tidak dibenar keluar vaksin

PKPD: Dua lelaki keluar selepas jam 12 malam