UEFA, UK setuju 1,000 penyokong Itali saksikan final Euro

Seramai 1,000 penyokong Itali boleh mengunjungi London untuk menyaksikan perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley pada 11 Julai ini. - Foto EPA
Seramai 1,000 penyokong Itali boleh mengunjungi London untuk menyaksikan perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley pada 11 Julai ini. - Foto EPA
A
A
A

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) bersetuju dengan pihak berkuasa United Kingdom (UK) seramai 1,000 penyokong Itali boleh mengunjungi London untuk menyaksikan perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley pada 11 Julai ini.

Sebelum ini, kerajaan UK menyatakan penyokong Itali kini boleh menyaksikan final Euro 2020 jika mempunyai tiket dan Itali tiada dalam senarai merah atau kuning pandemik Covid-19. Itali kini dalam senarai kuning.

"UEFA mencapai kata sepakat dengan pihak berkuasa Britain mengenai kemungkinan jumlah maksimum 1,000 peminat dari Itali boleh ke London untuk menyaksikan pertandingan akhir itu," lapor Sputnik News.

Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) memaklumkan, kebenaran itu masih tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan UK.

Penyokong Itali akan menggunakan penerbangan sewa khas dari lapangan terbang ke Stadium Wembley.

Tempoh mereka boleh berada di ibu negara UK itu terhad untuk 12 jam sahaja.

Artikel Berkaitan: