Lori bawa 38 ekor kambing dirampas

Kambing yang dirampas di dalam lori di Kampung Jubakar, Tumpat pada Khamis.
Kambing yang dirampas di dalam lori di Kampung Jubakar, Tumpat pada Khamis.
A
A
A

TUMPAT - Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan menahan sebuah lori yang membawa muatan 38 ekor kambing semasa membuat pemantauan di Kampung Jubakar, di sini pada Khamis.

Komander Pasukan Polis Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Mohammad Said berkata, risikan jam 4.30 pagi itu menemui kenderaan tersebut yang juga dinaiki dua lelaki.

“Pihak kami telah mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan tugas pemantauan dan risikan di kawasan berkenaan.

“Pemandu lori memecut laju apabila menyedari kami mengekori mereka dan suspek kemudiannya membelok ke kampung berkenaan dan bertindak memberhentikan kenderaan.

Sebanyak 38 ekor kambing yang dirampas di Kampung Jubakar, Tumpat pada Khamis.
Sebanyak 38 ekor kambing yang dirampas di Kampung Jubakar, Tumpat pada Khamis.

“Dua orang lelaki keluar dari lori dan melarikan diri dalam keadaan gelap serta meninggalkan lori dengan tidak mematikan enjin,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, kedua-dua suspek gagal dikesan dan hasil pemeriksaan ke atas lori menemui barang kes iaitu kambing yang dianggarkan bernilai RM38,000.

“Setelah menunggu hampir 30 minit dan tiada sesiapa yang tampil, kami merampas kesemua barang kes dan dibawa ke Markas Operasi untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Jumlah keseluruhan tangkapan ialah RM88,000 termasuk lori yang digunakan dan kesalahan ditetapkan di bawah Seksyen 6(3) dan 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya.