Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin tepat pada masanya

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai Kluster Keselamatan tepat pada masanya dengan mengambil kira suasana politik negara agak panas ketika ini.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelantikan kedua-dua mereka juga diharap dapat mengembalikan semula tumpuan semua pihak kepada isu lebih utama iaitu kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat selain pemulihan ekonomi negara ketika pandemik Covid-19.

"Sebagai pemimpin, perlu sedar rakyat memerhatikan segala apa yang sedang berlaku dan paling penting ramai tidak bersetuju dengan permainan politik yang boleh menggugat kestabilan negara ketika ini.

"Justeru, saya berpendapat pelantikan kedua-dua pemimpin yang terkenal dengan ketokohan dan keupayaan masing-masing ini amat bersesuaian dengan tanggungjawab besar diletakkan pada bahu mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Amanah yang perlu digalas dengan jujur, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan

Pada masa sama, Nanta berkata, beliau pernah bertugas bersama Ismail Sabri dan mengagumi kepimpinan Ahli Parlimen Bera itu.

"Saya pernah bekerja bersama Ismail Sabri ketika beliau menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebagai timbalannya dan mengagumi kepimpinan beliau.

"Hishammuddin juga mempunyai reputasi baik malah keupayaannya menguruskan krisis ketika negara berhadapan isu penerbangan MH370 sehingga kini masih diperkatakan banyak pihak termasuk pemimpin luar negara.

"Mengambil kesempatan ini, saya ingin meminta bantuan Hishammuddin untuk memberi perhatian kepada isu keselamatan di Sarawak termasuk membabitkan insiden pencerobohan sempadan oleh 16 pesawat China yang memasuki ruang udara Malaysia berhampiran Sarawak hujung Mei lalu, selain kapal pengawal pantai China berada berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak, awal Jun lalu," kata beliau lagi.

Artikel Berkaitan:

Nanta berkata, GPS mengucapkan tahniah dan pihaknya yakin serta percaya, pelantikan kedua-dua mereka akan memberi nafas baharu kepada pentadbiran negara dalam berjuang melawan Covid-19.