Peguam Negara, TPM dan Takiyuddin sah jumpa PM

Antara kenderaan rasmi membawa menteri yang mengadakan pertemuan bersama Muhyiddin meninggalkan kawasan kediaman Perdana Mentei itu pada 12.47 tengah hari Khamis.
Antara kenderaan rasmi membawa menteri yang mengadakan pertemuan bersama Muhyiddin meninggalkan kawasan kediaman Perdana Mentei itu pada 12.47 tengah hari Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan dua menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) disahkan mengadakan pertemuan di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada pagi Khamis.

Menurut sumber, dua menteri tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Media yang menunggu seawal jam 9.40 pagi tadi mendapati kenderaan pertama memasuki pekarangan kediaman itu dipercayai membawa Idrus diikuti dengan kenderaan rasmi dinaiki Takiyuddin.

Sebuah kenderaan rasmi lain membawa Ismail Sabri pula dilihat masuk pada jam 11.25 pagi.

Ketiga-tiga individu tersebut meninggalkan kawasan kediaman Muhyiddin dengan kenderaan terakhir dilihat keluar pada jam 12.47 tengah hari.

Pertemuan tersebut difahamkan berlaku susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Rabu yang menarik sokongan serta-merta terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

UMNO yang memiliki seramai 35 Ahli Parlimen itu merupakan parti terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Artikel Berkaitan: