Rina kecewa MKT UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin

Rina semasa melawat kanak-kanak OKU yang disyaki didera dan berjaya diselamatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah (JKM) pada Khamis.
Rina semasa melawat kanak-kanak OKU yang disyaki didera dan berjaya diselamatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah (JKM) pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - Ketua Wanita Perikatan Nasional, Datuk Seri Rina Harun kecewa dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Rina, sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan hal politik memandangkan negara masih menghadapi masalah pandemik Covid-19.

"Saya sangat kecewa, sekali lagi saya tegaskan, sangat kecewa dengan keputusan semalam (MKT UMNO), sedangkan kita sedang berhadapan pandemik Covid-19 yang perlu ditangani bersama.

"Saya sangat kecewa jika ada pihak yang cuba mempolitikkan sesuatu isu. Bagaimanapun saya akan terus memberi sokongan penuh menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang disyaki didera, pada Khamis.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut menegaskan, pelbagai usaha kerajaan lakukan semasa mendepani pandemik Covid-19 termasuk mempercepatkan usaha vaksinasi.

Katanya, dalam tempoh setahun bermula Mac sehingga Julai ini, sebanyak lapan pakej disediakan kerajaan untuk rakyat bernilai RM380 bilion.

"Kerajaan cuba sedaya upaya. Mungkin bukan sempurna, tetapi kerajaan lakukan yang terbaik untuk semua (rakyat)," katanya.

Dalam pada itu, Rina mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pelantikan tersebut sangat layak dan diharap mengukuhkan barisan kabinet.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

MIC mahu keputusan UMNO dimuktamadkan di peringkat BN