Bursa Malaysia terus susut pada sesi dagangan tengah hari

Bursa Malaysia terus susut pada sesi dagangan tengah hari. - Foto hiasan
Bursa Malaysia terus susut pada sesi dagangan tengah hari. - Foto hiasan
A
A
A

AKTIVITI jualan yang berterusan serta kekurangan pemangkin positif di pasaran menyaksikan Bursa Malaysia meneruskan kerugiannya untuk mengakhiri sesi dagangan awal lebih rendah hari ini.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 14.31 mata kepada 1,515.84 daripada 1,530.15 pada penutupan urus niaga Rabu.

Indeks utama dibuka 4.25 mata lebih rendah pada 1,525.9 dan berlegar antara 1,513.36 dan 1,525.9 sepanjang sesi pagi hingga tengah hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 777 berbalas 162 sementara 335 kaunter tidak berubah, 914 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.48 bilion unit bernilai RM1.55 bilion.

Seorang peniaga berkata, semua mata kini tertumpu kepada keputusan mengenai kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Digi naik tiga sen kepada RM4.16, Petronas Gas tidak berubah pada RM15.56, Maybank dan Public Bank masing-masing turun satu sen kepada RM8.05 dan RM4.07, Petronas Chemicals susut sembilan sen kepada RM8, dan TNB kerugian lima sen kepada RM9.66.

Bagi saham aktif, Advance Synergy menambah satu sen kepada 17 sen, Pelangi Publishing naik enam sen kepada 42.5 sen, Metronic meningkat setengah sen kepada 4.5 sen, Serba Dinamik turun 1.5 sen kepada 46.5 sen, Pelikan jatuh lima sen kepada 40.5 sen dan Sedania lebih rendah setengah sen kepada 90 sen.

Artikel Berkaitan:

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 113.63 mata kepada 11,052.49, Indeks FBMT 100 susut 107.56 mata kepada 10,759.94, Indeks FBM Emas Syariah turun 137.86 mata kepada 12,075.86, FBM ACE kerugian 226.03 mata kepada 7,214.71 dan FBM 70 merosot 166.95 mata kepada 14,341.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 94.43 mata kepada 14,995.78, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.92 mata kepada 187.3, sementara Indeks Perladangan susut 54.83 mata kepada 6,318.11. - Bernama