PGA rampas arak, kenderaan bernilai RM1.6 juta

Muhammad (kiri) menunjukkan arak yang dirampas ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Khamis.
Muhammad (kiri) menunjukkan arak yang dirampas ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,140 kotak berisi arak termasuk kenderaan bernilai RM1.6 juta dirampas dalam serbuan yang dijalankan Cawangan Risik Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah lot di Jalan Sellathevan, Kampung Sungai Kandis pada Rabu.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan yang dijalankan merampas arak berjumlah RM1.2 juta.

"Antara dirampas adalah 600 kotak arak jenama Huster (kotak hitam), 200 kotak arak jenama Huster (kotak biru), 880 kotak arak jenama Tsingtao 330 mililiter, 450 kotak arak jenama Tsingtao 600 mililiter, sebuah lori 10 tan, dua buah lori tiga tan, sebuah van dan sebuah kereta.

"Serbuan turut menahan tiga suspek lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga asing berumur antara 25 hingga 57 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: