Pentas terakhir Wimbledon buat Federer

Roger Federer
Roger Federer
A
A
A

BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Roger Federer memberikan bayangan kemungkinan tidak akan menyertai kejohanan Wimbledon lagi selepas tewas kepada pemain Poland, Rubert Hurkacz dalam aksi suku akhir pada awal pagi Khamis.

Menurut Federer, dia akan melakukan perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya dalam kejohanan tersebut.

"Saya tidak tahu. Saya betul-betul tidak tahu. Saya perlu berbincang. Matlamat saya sebelum ini adalah untuk cuba bermain lagi dalam Wimbledon.

"Matlamat asal saya adalah untuk bermain tahun lepas, tetapi tidak berjaya ditambah pula dengan pandemik Covid-19. Namun, saya dapat beraksi tahun ini dan saya sangat gembira.

"Selepas apa yang berlaku selepas Wimbledon ini, kami perlu kembali duduk berbincang. Saya memerlukan beberapa hari. Mungkin kami akan berbincang sedikit hari ini mengenai apa yang saya rasa dan dalam beberapa hari akan datang.

"Daripada situ saya akan lihat situasi mungkin juga melihat apa yang saya boleh lakukan untuk kembali pada tahap terbaik dan menjadi lebih kompetitif.

"Saya sebenarnya sangat gembira boleh melangkah sejauh ini dan dapat bermain Wimbledon pada tahap yang saya lakukan. Sudah tentu, saya ingin bermain lagi, tetapi pada usia saya, anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang," katanya.

Pemain kelahiran Switzerland itu tewas kepada Hurkacz Hurkacz 6-3, 7-6 (7/4), sekali gus menyaksikan dia tewas 6-0 buat kali pertama dalam kariernya di kejohanan Wimbledon.

Artikel Berkaitan:

Kekalahan itu juga adalah yang ke-14 buat juara lapan kali Wimbledon itu dalam 119 perlawanan di kejohanan itu dan masih kemarau kemenangan di Slam sejak Terbuka Australia 2018.