Tok Batin sebagai idola untuk terima vaksin

Seramai 84 orang asli di Sungai Congkak dalam Parlimen Hulu Langat menerima vaksin dos pertama mereka.
Seramai 84 orang asli di Sungai Congkak dalam Parlimen Hulu Langat menerima vaksin dos pertama mereka.
A
A
A

HULU LANGAT - Penerimaan suntikan vaksin dalam kalangan Tok Batin memainkan peranan penting bagi menambah keyakinan komuniti orang asli di kawasan ini untuk mendaftar.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, Tok Batin adalah idola yang menjadi contoh teladan kepada komuniti orang asli di kawasan masing-masing.

Beliau turut yakin Tok Batin juga memainkan peranan untuk memujuk komuniti di bawah jagaan mereka supaya menerima vaksin agar jumlah mereka yang bersetuju meningkat.

"Idola mereka adalah Tok Batin, jika Tok Batin telah terima (vaksin) maka anak buah akan mengikut. Sekali gus, ia menjadi teladan kepada masyarakat orang asli untuk turut melakukan perkara sama," katanya pada Khamis.

Hasanuddin bersama isteri, Datin Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir meninjau program vaksinasi komuniti orang asli di Sungai Congkak pada Rabu dan diteruskan di Perkampungan Orang Asli Donglai pada Khamis.

Beliau berkata, seramai 84 orang asli di Sungai Congkak menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Seksyen Perkhidmatan Kesihatan Awam Komuniti Orang Asli, Hospital Orang Asli Gombak (HOAG).

Menurutnya, beberapa program vaksinasi kepada komuniti orang asli di Parlimen Hulu Langat akan terus disusun di beberapa buah kampung termasuk yang terbaharu di Perkampungan Orang Asli

"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya HOAG, JAKOA Daerah Hulu Langat, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan juga Polis Diraja Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: