PRK DUN Rantau: 1,000 anggota polis pantau keselamatan

Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun
A
A
A

KOTA BHARU - Sejumlah 1,000 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan akan ditugaskan untuk menjaga keamanan dan keselamatan pada PRK DUN Rantau akan datang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini, jumlah tersebut mencukupi dalam memastikan kelancaran PRK itu.

“Bagaimanapun, kami akan sentiasa memantau keperluan sekirannya jumlah itu perlu ditambah bergantung kepada kehendak semasa dan keadaan pilihan raya itu.

“Kalau sekiranya kita fikir tidak ada isu keselamatan yang berbangkit, kita akan kekalkan atau kecilkan jumlah petugas kerana apa-apa penambahan akan membabitkan bajet yang besar,” katanya pada sidang media di Hotel Perdana, di sini,

Sidang media diadakan selepas Majlis Istiadat Penganugerahan kepada 174 penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara di Hotel Perdana, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Artikel Berkaitan: