Korban Covid-19 di dunia kini melepasi 4 juta

Seorang pesakit Covid-19 dibawa ke hospital di Dhaka, Bangladesh, semalam. - Foto Xinhua
Seorang pesakit Covid-19 dibawa ke hospital di Dhaka, Bangladesh, semalam. - Foto Xinhua
A
A
A

NEW YORK - Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi angka empat juta iaitu sebanyak 4,000,269 orang pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut Universiti Johns Hopkins lebih 185 juta kes dilaporkan pada jam 9.21 malam waktu tempatan (0121 GMT, Khamis).

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 33,769,829 kes dan 606,215 kematian, menyumbang lebih 18 peratus daripada jumlah kes global dan lebih 15 peratus kematian.

Brazil pula mencatatkan 528,540 kematian diikuti India sebanyak 404,211.

Negara yang mencatatkan lebih 120,000 kes kematian termasuk Mexico, Peru, Rusia, Britain dan Itali.

Kematian Covid-19 di dunia mencecah satu juta pada 28 September 2020, dua juta pada 15 Januari 2021 dan melebihi tiga juta pada 17 April 2021. - Bernama

Artikel Berkaitan: