X

Kindly register in order to view this article
!

RM544,000 Bantuan Bakul Makanan untuk Parlimen Tumpat

Che Abdullah (tengah) menyampaikan replika cek kepada Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat pada Khamis.
A
A

TUMPAT – Sebanyak RM544,000 diperuntukan melibatkan Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi empat DUN di dalam Parlimen Tumpat.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sebanyak RM100,000 akan disediakan untuk setiap DUN manakala RM144,000 di peruntukkan untuk 70 penghulu di Parlimen berkenaan.

"Untuk penghulu lebih kurang 2,400 kotak bakul makanan kita sediakan dan ia merupakan peruntukan tambahan memandangkan Parlimen lain ada tiga DUN sahaja, tapi Tumpat ada empat DUN.

"Kita berharap bantuan ini sampai kepada semua pihak melalui pejabat-pejabat DUN, penghulu dan sebagainya. Malah kita juga ada simpan sedikit di pejabat Parlimen untuk mereka yang datang ke sini. Itu inisiatif kita untuk memastikan rakyat menerima bantuan dan perkhidmatan yang terbaik," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau hadir menyampaikan replika cek sebagai gimik pemberian RM100,000 kepada empat ADUN yang terlibat di bawah Parlimen terbabit.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Peruntukan RM300,000 Bantuan Bakul Makanan kepada ahli Parlimen


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!