Sembilan lagi warga asing ditahan kes gaduh di asrama kilang

Rabu lalu tular video memaparkan pergaduhan sekumpulan warga asing di asrama pekerja kilang berkenaan.
Rabu lalu tular video memaparkan pergaduhan sekumpulan warga asing di asrama pekerja kilang berkenaan.
A
A
A

BATU PAHAT - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan sembilan lagi warga asing dipercayai terlibat dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang di Sri Gading di sini, pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhamad Izzudin Runggai berkata, suspek terdiri daripada tujuh warganegara Bangladesh dan dua warga Sri Lanka.

"Kesemua mereka berusia dari 22 hingga 40 tahun ditahan hari ini (Khamis). Ini menjadikan keseluruhan jumlah tangkapan sejak semalam berjumlah 12 orang membabitkan sembilan warga Bangladesh dan tiga warga Sri Lanka.

"Motif pergaduhan setakat ini dipercayai berpunca daripada gangguan di tempat kerja melibatkan dua warganegara ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Pada Rabu tular satu video berdurasi satu minit lapan saat memaparkan pergaduhan sekumpulan warga asing di asrama pekerja kilang berkenaan.

Susulan itu IPD Batu Pahat menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian dan dua warga Bangladesh serta seorang warga Sri Lanka berusia antara 23 dan 33 tahun ditangkap pada Rabu.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja warga Sri Lanka cedera di kepala.

Muhamad Izzudin berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan

Artikel Berkaitan: