X

Kindly register in order to view this article
!

Harimau Selatan, Dragons sama kuat di Bangkok

Ramadhan Saifullah ketika cuba melepasi kawalan pemain Ratchaburi dalam aksi Kumpulan G saingan ACL di Stadium Rajamangala, Bangkok. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A

GERGASI Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melabuhkan tirai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan status kedudukan ketiga terbaik Kumpulan G selepas melengkapkan kesemua enam perlawanan.

Pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini, pendahulu Liga Super itu yang dikendalikan oleh Benjamin Mora melakar keputusan seri tanpa jaringan menentang wakil Thailand, Ratchaburi.

Leandro Velazquez ketika cuba melepasi kawalan pemain Ratchaburi dalam aksi Kumpulan G saingan ACL di Stadium Rajamangala, Bangkok. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Leandro Velazquez ketika cuba melepasi kawalan pemain Ratchaburi dalam aksi Kumpulan G saingan ACL di Stadium Rajamangala, Bangkok. - Foto Facebook Johor Southern Tigers

Biarpun peluang Harimau Selatan untuk mara ke pusingan 16 terbaik tertutup sebelum ini, namun anak buah Mora tetap mempamerkan persembahan mantap apabila menguasai rentak perlawanan ketika berdepan The Dragons kendalian Sek-san Siripong di Bangkok.

Untuk rekod, Harimau Selatan mengumpul empat mata selepas mengharungi enam perlawanan dengan melakar satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!