Ahya Rosli teruja nak kahwin

Pelakon & Model, Ahya Rosli
Pelakon & Model, Ahya Rosli
A
A
A

"SAYA teruja nak kahwin," ujar pelakon dan model terkenal, Ahya Rosli yang bakal menamatkan zaman solo dengan pasangan pilihannya, Shahirah, dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun, bercakap kepada Sinar Harian, Ahya, 32, yang merupakan anak dramatis terkenal, Normah Damanhuri ini mengakui sedikit gementar untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.
"Dalam keterujaan nak kahwin ini sedikit ada rasa gementar dan takut juga. Ya lah... risau kalau tak dapat menjadi suami yang terbaik.
"Namun saya akan berusaha untuk rumah tangga. Ini kerana boleh dikatakan saya sudah capai dan dapat apa yang saya inginkan dalam hidup.

Normah Damanhuri bersama Ahya
Normah Damanhuri bersama Ahya

Artikel Berkaitan:

"Sudah ada family, bisnes, kerjaya, tak lama lagi ni akan berumah tangga," katanya busana pernikahan akan memakai baju rekaan pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.

Mengenai persiapan, ujar Ahya mereka kini dalam proses untuk mengedarkan kad jemputan.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini selamat mengikat tali pertunangan mereka sekitar akhir November tahun lalu selepas setahun perkenalan.