Tiga ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja

Gambar video tular kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading di sini.
Gambar kecil: Muhammad Izzudin
Gambar video tular kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading di sini. Gambar kecil: Muhammad Izzudin
A
A
A

BATU PAHAT - Polis menahan tiga lelaki warga asing pada Rabu bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhamad Izzudin Runggai berkata, dua warga Bangladesh dan seorang warga Sri Lanka berumur antara 23 dan 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai video itu pada Rabu.

"Mangsa adalah seorang lelaki warga Sri Lanka dan merupakan pekerja kilang itu.

"Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini,” katanya dalam kenyataan pada Kahmis.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Pada Rabu, tular di media sosial rakaman video pergaduhan sekumpulan pekerja warga asing di sebuah asrama pekerja di Sri Gading. - Bernama

Artikel Berkaitan: