Kapal di pelabuhan Dubai meletup dan terbakar

Gambar menunjukkan bola api yang terjadi akibat letupan di Pelabuhan Jebel Ali, Dubai pada lewat malam Rabu. - Foto Twitter
Gambar menunjukkan bola api yang terjadi akibat letupan di Pelabuhan Jebel Ali, Dubai pada lewat malam Rabu. - Foto Twitter
A
A
A

DUBAI - Sebuah kapal kontena terbakar di sebuah pelabuhan utama Dubai selepas satu letupan berlaku yang kemudiannya dapat dikawal, kata sebuah pejabat media Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis.

Sekurang-kurangnua tiga penduduk di kawasan sekitar pelabuhan tersebut mendengar letupan itu yang puncanya masih tidak diketahui tetapi tingkap-tingkap dan pintu di rumah mereka bergoyang ekoran kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tiada laporan tentang kecederaan dan kematian dilaporkan berlaku selepas kejadian letupan itu pada malam Rabu lalu.

Pejabat Media Dubai menerusi Twitter berkata, kebakaran itu disebabkan letupan yang berlaku di atas sebuah kapal kontena di Pelabuhan Jebel Ali, namun dapat dikawal dan tiada kecelakaan dilaporkan.

Polis Dubai berkata, terdapat 130 kontena dan 14 kru di atas kapal yang membawa muatan mudah terbakar manakala punca kejadian masih belum diketahui.

Pelabuhan tersebut mampu mengendalikan kapal pengangkut pesawat dan ia merupakan pelabuhan bagi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang tersibuk di luar AS, menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika. - Agensi

Artikel Berkaitan: