Wanita ditemui rentung dalam insiden kebakaran kereta

Mayat seorang wanita ditemui di tempat duduk pemandu sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar di Jalan 4/2 Bandar Baru Selayang di sini pada awal pagi Khamis.
Mayat seorang wanita ditemui di tempat duduk pemandu sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar di Jalan 4/2 Bandar Baru Selayang di sini pada awal pagi Khamis.
A
A
A

SELAYANG - Seorang wanita ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di Jalan 4/2 Bandar Baru Selayang di sini pada awal pagi Khamis.

Mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu ditemui di tempat duduk pemandu selepas sepasukan bomba membuat operasi pemadaman.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.25 pagi.

"Seramai lapan anggota dan pegawai dan sebuah jentera kemudian dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, kami mendapati sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang terbakar 40 peratus di bahagian dalam kereta," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Norazam berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit bagi memadam kenderaan terbabit.

"Mayat wanita terbabit kemudian diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: