X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

[VIDEO] Ku Li akui Anwar ada kualiti jadi pemimpin negara

Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kualiti untuk menjadi pemimpin negara.

Bagaimanapun beliau berkata, setiap individu mempunyai pandangan berbeza tentang pemimpin yang diingini.

“Saya rasa dia ada kualiti. Tapi ada orang mempunyai pandangan yang berlainan. Dia (Anwar) juga ramai pengikut. Tetapi pengikut ini kita tak boleh nak harap sangat. Hari ini dia okey dengan kita, esok dia tak okey dengan kita.

Tengku Razaleigh pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu. - Foto Sinar Harian / Halim Wahid.
Tengku Razaleigh pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu. - Foto Sinar Harian / Halim Wahid.

“Bergantung kepada apa yang kita bersuara, apa yang kita pegang sebagai perjuangan kita. Jadi, fikiran dia (pengikut) akan berubah-ubah. Tapi apa-apa pun Anwar is a good man dari segi leadership,” katanya pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, berdasarkan kaji selidik Sinar Harian, Anwar menjadi pilihan utama netizen sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Ia berikutan apabila beliau memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus.

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar pilihan utama netizen jadi Perdana Menteri ke-9


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!