Tiket konsert Siti Nurhaliza macam pisang goreng panas!

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza
A
A
A

TIKET Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang bakal diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Mac depan habis terjual.

Menurut pengurus Ratu Pop Malaysia, Rozi Abdul Razak memaklumkan menerusi Instagram peribadi, bagaimanapun, peminat masih berpeluang untuk membeli tiket konsert untuk persembahan di negara jiran.

Instagram pengurus, Rozi Abdul Razak
Instagram pengurus, Rozi Abdul Razak

"Alhamdulillah, mengulang sejarah Konsert Live Siti Nurhaliza 1999 dan Konsert Mega Siti Nurhaliza 2001 di tempat yang sama. SOLD OUT.

"Kepada yang tak sempat mendapatkan tiket ke konsert di Kuala Lumpur, masih sempat dapatkan tiket anda untuk konsert di Singapura pada 2 Mac ini. Cepat!," coretnya.

Menerusi tinjaun Sinar Harian di ruang komen, rata-rata berkongsi perasaan masing-masing, ada yang sedih kerana tak sempat beli, dan ada pula teruja kerana tidak sabar menyaksikan penyanyi nombor satu negara itu membuat persembahan.

Artikel Berkaitan: