MKT UMNO: Menara Datuk Onn sekali lagi jadi tumpuan

Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sekali lagi menjadi tumpuan petugas media susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan berlangsung malam ini.
Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sekali lagi menjadi tumpuan petugas media susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan berlangsung malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sekali lagi menjadi tumpuan petugas media susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan berlangsung malam ini.

Petugas media daripada pelbagai agensi didapati mula berkumpul di lokasi ini seawal jam 7 malam lagi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi catatan di Facebooknya pada Rabu memaklumkan mesyuarat MKT akan diadakan secara maya pada jam 8.30 malam Rabu.

Menurut beliau, ia disusuli dengan satu sidang akhbar akan dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaik mesyuarat selesai.

Difahamkan mesyuarat itu akan membincangkan hala tuju UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat itu juga dijangka akan turut membincangkan kedudukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Rabu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Rabu mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan akan mengetuai Kluster Keselamatan berkuatkuasa serta-merta.

Pelantikan tersebut telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel Berkaitan:

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri akan membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat tatkala negara sedang menghadapi krisis kesihatan serta ekonomi pada masa ini.