Dua ditahan, wang tunai RM40,000 dirampas dalam Op Dadu

Polis Brickfield menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram, turut dirampas wang tunai berjumlah RM40,000
Polis Brickfield menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram, turut dirampas wang tunai berjumlah RM40,000
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian haram dan merampas wang tunai berjumlah RM40,000 menerusi Op Dadu dalam dua serbuan berasingan di Taman Sri Sentosa serta Taman Yarl di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, operasi tersebut dijalankan oleh pihaknya sekitar jam 7.30 malam hingga 9.15 malam pada Selasa.

"Di lokasi serbuan pertama, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan merampas sebuah telefon bimbit jenama Galaxy.

"Di lokasi serbuan kedua pula, kami menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan merampas komputer riba yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian, dua buah telefon bimbit, router dan wang tunai berjumlah RM40,000," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu

Menurut Anuar, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Majistret Kuala Lumpur untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai untuk menghubungi balai polis terdekat jika mempunyai maklumat berkenaan perjudian haram dan memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

Artikel Berkaitan: