MCA sambut baik pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin

Tangkap layar kenyataan MCA yang menyokong pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin pada Rabu.
Tangkap layar kenyataan MCA yang menyokong pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - MCA menyambut baik pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Choong Sin Woon berkata, MCA mengalu-alukan dan menyokong pelantikan tersebut yang akan mengukuhkan lagi pentadbiran kerajaan kerana mereka merupakan pemimpin yang berpengalaman luas.

“MCA yakin kedua-kedua pemimpin ini dapat memberi sumbangan yang memanfaatkan rakyat serta negara,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri dilantik menjadi TPM dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan ketika ini, manakala Hishammuddin pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“MCA akan terus bekerjasama erat dengan kedua-dua pemimpin tersebut serta anggota Kabinet untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Selain memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat berdepan waktu sukar akibat Covid-19,” ujar Sin Woon.

Artikel Berkaitan: