Semua pusat kesihatan perlu bersatu tangani Covid-19

Dr Adeeba
Dr Adeeba
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pusat kesihatan termasuk swasta di negara ini perlu bersatu bagi memastikan sistem kesihatan berada di tahap yang baik dan pandemik Covid-19 berjaya ditangani.

Profesor Perubatan Penyakit Berjangkit Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, ini disebabkan kapasiti di hospital kerajaan terutama di Lembah Klang sekarang berada di tahap yang kritikal.

“Buat masa ini, hampir 100 peratus bergantung kepada sistem kesihatan awam iaitu hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hospital universiti.

“Baru-baru ini sahaja hospital swasta telah dipanggil untuk beri bantuan. Perkara ini perlu disegerakan, kita memerlukannya. Sistem kesihatan perlu bersatu.

“Keadaan sekarang terutama di Selangor dan beberapa negeri lain, kadar jangkitan tinggi dan membimbangkan. Bukan sahaja hospital KKM dan pengajian tinggi penat. Tapi pakar kesihatan awam, pusat kesihatan daerah dan sebagainya juga tenat,” katanya.

Abu Hafiz (kiri) bersama Dr Mahathir (kanan, atas), Adeeba (kanan, tengah) dan Rafidah pada program Reset Malaysia: Permasalahan dan Solusi yang disiarkan secara langsung di Facebook Reset Malaysia pada Rabu.
Abu Hafiz (kiri) bersama Dr Mahathir (kanan, atas), Adeeba (kanan, tengah) dan Rafidah pada program Reset Malaysia: Permasalahan dan Solusi yang disiarkan secara langsung di Facebook Reset Malaysia pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa program Reset Malaysia: Permasalahan dan Solusi yang disiarkan secara langsung di Facebook Reset Malaysia pada Rabu.

Turut menjadi panelis ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz manakala Dr Abu Hafiz Salleh Hudin selaku moderator.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, beliau yang juga anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan supaya 70 peratus daripada pesakit Covid-19 tidak perlu menerima rawatan di hospital.

Namun begitu, jelasnya, mereka perlu dipantau di rumah mahupun penginapan yang telah disediakan oleh majikan masing-masing.

“Kita kena gerakkan semua. Bukan sahaja kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain juga kena pantau,” ujarnya.